cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Sept 2012

Buat Date and Cheese Tart

Projek tengah rajin nak buat tart. Sempena puasa dan raya hari tu, buah kurma memang senang nak dapat. Sukatan pun main agak-agak jer,next time boleh buat lagi.Simpan kat blog terus sebab sebelum ni tulis kat kertas lepas tu anak pun ikut main masak-masak kertas tu skali.

Pastri
-125g mentega (1/2 ketul)
-60g gula kastor (1/4 cawan)
-1 biji kuning telur (i masuk je 1 biji terus, haha )
-250g tepung gandum (2 cawan)
-1/2 sudu teh esen vanilla (kalau takde pun takpe)
-sedikit garam

Cara:
Pukul mentega dengan gula.Masukkan telur dan esen vanilla.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.Bulatkan sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart.Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar 160C selama 15-20 minit atau sampai masak.Siap



Jem kurma
-Segenggam kurma yang dibuang biji(Lebih pun ok)
-Sedikit air
-Sedikit gula
-2 biji bunga cengkih

Cara:
Kisar buah kurma dengan air . Panaskan dalam periuk dengan api yang perlahan. Masukkan gula dan bunga cengkih .Kacau dan bila dah pekat, tutup api.Siap.
Bila dah sejuk, boleh masukkan jem kat dalam pastri tadi.


Cream cheese ( * Lepas ni, i nak buat separuh sukatan je)
-250g cream cheese (beli jenama Tartura)
-60g gula kastor(1/4 cawan)
-1 biji telur
-esen vanilla(takde pun takpe)

Cara:
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.Masukkan telur,esen vanilla dan putar lagi.Siap.
Sekarang ,tuang cream cheese ni ke dalam tart yang dah diisi dengan jem kurma tadi.Bakar lagi sekali dalam 4-5 minit.Jangan lama-lama sangat nanti hangit pulak. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

haha..ni la hasilnya..




No comments:

Post a Comment