cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Nov 2012

Jalan - jalan di Pantai Tanjung Leman, Mersing, Johor

Kalau tanya apa yang menarik kat johor ni ,jawabnya..ada ke tempat best? -_^
Asyik duduk rumah je kan, so kali ni pergi pantai pulak.. ^_^
Dah 4 tahun duduk jb ni le kali pertama sampai kat Pantai Tanjung Leman.Padahal bukan jauh pun - + 1 jam je pun.Lokasi kat mukim Tenggaroh, Mersing, Johor. Kena lalu ladang kelapa sawit.

Sesuai la kalau nak mandi-manda kat pantai ni,buat bbq ,main-main buat istana ataupun buat lubang kecik dan letak anak main-main kat dalam tu..  ekekeke

Kat pantai tu, ada toilet tapi kena bayar, gerai makanan, surau(kena kongsi tp yg ni mmg tersangatlah tak puas hati sebab macam takde siapa yg peduli tentang kebersihan).Kat hujung tu ada jeti naik feri nak pergi pulau Sibu( pasni kita pergi sini ek en Husband ;p  ), kedai makanan, kfc tapi surau tak perasan pulak.

Kalau berniat nak stay kat tempat yg selesa sikit dan ada swimming pool, sila la ke Felda Residence.Pasal harga ,kena survey dulu.









 















^_^





Salam Maal Hijrah 1434H




Alhamdulillah, syukur..
Semoga tahun baru ini memberi lebih kejayaan, rezeki, dipermudahkan segala urusan untuk diri sendiri, suami, keluarga, mak abah,anak-anak dan untuk semua..Amin

26 Oct 2012

Percutian Budget 2 hari 1 malam di Cameron Highand,Pahang

Yeay..akhirnya,sampai juga kat Cameron Highland.Orang lain dah ulang-alik banyak kali tapi tak kisah la sebab dapat bercuti bersama keluarga memang seronok.Pemandu arah kali ni ialah mr.GPS. 

Just follow je dan ikut Simpang Pulai.Fuh,memang pening kepala la sebab dari kecik memang mabuk bila naik kereta apatah lagi bila jalan pusing-pusing dan naik bukit2. Si kecik pun asik isap2 jari, pandai pulak dia buat mcm tu sebab kesan tekanan bila naik bukit2 ni.


Tak puas la berjalan 2 hari ni,kan best kalau dapat bercuti 1 minggu kan en Husband ;p
Bertolak hari selasa pun da lewat so sampai Cameron dah petang. Duduk hotel Chua Gin kat Brinchang RM70/malam untuk 2 katil besar,ada tv comel,water heater yg berfungsi(sebab sebelum ni tgk komen org ramai cakap water heater tak berfungsi).Kiranya okey la duduk hotel budget ni. 

Pasal makan , just cari kedai area hotel je.Makan kat kedai Nik Ikan Bakar dan Tomyam,betul2 kat belakang hotel. Menu ikan bakar murah tapi if nak makan stim or etc kena sediakan duit lebih. Ikan siakap masak stim boleh cecah RM40 tu, so sebelum order kena tanya harga dulu.


Tak sempat nak pergi banyak tempat sebab keadaan tak mengizinkan.Pergi ladang teh Bharat (Cameron Valley Kuala Terla), MARDI, YZ Agro Farm dan Big Red Strawberry Farm. Dapatlah petik sendiri strawberry.Kalau tak, merajuk  ;p . Pergi weekday so takde la happening sangat macam weekend, ada pasar mlm tu. Tapi,dah tau jalan sikit2 so lain kali boleh pergi lagi, insyaAllah..



Hujan..






Persimpangan Simpang Pulai


 Kunyah-kunyah ayam , licin sampai nampak tulang



 Pressure..isap jari pun best gak


Subhanallah..


ladang teh Bharat (Cameron Valley Kuala Terla)





Ni kat hotel Chua Gin RM70 untuk 1 malam (2 katil besar) .Harga bermula RM60 je (rasanya 1 katil besar + 1 katil bujang), murah kan..


 kedai Nik Ikan Bakar..nyum nyum



 YZ Agro Farm , makan je tapi tak syiokk la..
lagi best petik strawberry + cair kan coklat compound yg kat umah tu = celup2 strawberry 







 yg ni kat MARDI.Tak best pun, nak bawak budak2 rombongan sekolah, boleh la kot..


Big Red Strawberry Farm.Ngeri je bila tengok balik tempat parking kat atas ni.Ada je parking kat bawah sana yg tak cerun camni, saje je
Masuk free..



Peace ^_^



yang ni kakak punya!!
1/2 kilo strawberry =RM25 
tak kira la besar ke kecik








Kakak, nape tiba2 adik nampak semua gelap jerr???



Sejuk kat atas ni .Sampai je atas ni sebenarnya hujan lebat.So, memang lama la lepak kat sini.InsyaAllah, ada rezeki datang lagi...


23 Oct 2012

Dapat hadiah kecil-kecilan

Bila nak dapat hadiah grand ni,insyaAllah semoga ada rezeki satu hari nanti.Biasanya kena ada POP + tenaga + masa utk dapatkannya..
p/s :Share kat sini sebab ada contest yg still berjalan @ biasanya akan datang pun ada.So, u all pun boleh menang gak  :)



Hamper Majalah Eh - Bio essence RM200++


 
Hamper Majalah Eh - RM100++



Voucher dr fb Dutch Lady RM100 




Bekalan Kotex (Pad dan Pantiliner) selama 1 tahun 


Bekalan Poise (Pantiliner) selama 6 bulan x 2


 


Wax dr fb Elite Edgy EFX