cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Dec 2014

Shopping di Luxola - Beli Sleek Makeup i-Divine Original & dapat hadiah lagi.

Tiba-tiba je dapat email dari LUXOLA macam ni. Voucher RM50, takde minimum spend? apalagi ,jom shopping!

I order hari khamis malam jumaat 27/11/2014. Barang dapat hari selasa 2/12/2014.Cepat gak kan.Sebab barang ni dari Singapore. Customer Service pun bagus sebab tengah malam pun boleh reply email. Memang pantas!Kalau tak percaya, cuba tanya..hihi


I beli Sleek MakeUP i-Divine Original dan dapat free Sleek Maximum Impact Eyeshadow & free delivery!  :D
Tips: Kena baca review dulu kat google, sebab mostly colour berbeza kat website dengan pic sebenar



Sleek MakeUP i-Divine Original RM53





Sleek Maximum Impact Eyeshadow 

- LUXOLA ni based kat Singapore.
- Currency akan automatik tukar mengikut Country kita.
- Penghantaran percuma jika pembelian melebihi RM40.
- Boleh buat bayaran guna maybank2u, cimbclick etc


- Penghantaran menggunakan Aramex .Maybe Aramex gunakan perkhidmatan Nationwide.So, wakil nationwide yang hantar barang i tu.

Bestnya kalau dapat free voucher lagi kan.Ok,boleh register kat sini >>>>  LUXOLA . 

24 Nov 2014

Jalan-jalan Sanrio Hello Kitty Town Lagi- 40th Anniversary

Cerita awal bln 11 sebenarnya...Sambungan dari kisah ni...
Tiba- tiba dapat panggilan menang tiket masuk Sanrio Hello Kitty Town .Husband pun dapat.So, total ada 4 pass, dapatlah kami 1 family masuk lagi..


Memang ramai sangat kat dalam tu sempena 40th anniversary. Sebab dah pernah join aktiviti Wishful studio dan lain2, tak larat la nak beratur lama-lama.So,habiskan masa kat playground ~ Friendship Land je sampai petang dan sempat la naik Kitty Tea Cup Ride sebab semua dah nak balik. Anak-anak memang seronok sangat walaupun main kat playground je hikhik .

Kali ni special skit sebab ada HK Friends Catwalk,HK Friends Gathering, Rock Concert pun ada.Gathering & Rock Concert tu kat luar bangunan,tak join pun sebab tak rajin nak angkut anak ke hulu hilir dan sesak tuu.

Nak ambil gambar pun tak sempat. Dah nak balik baru terkedek-kedek nak amik gambar huhu..
Tapi sempat la ambil video ni, memang cute tengok Hello Kitty pakai kimono dan jadi ~> Samurai!  !!


video





Playground tu mcm ni , kecik je. Pic ni dari fb HK





Perfume Signorina Eleganza by Salvatore Ferragamo dan Ricci Ricci By Nina Ricci yang wangi

Signorina Eleganza EDP 100ml RM399
Hadiah daripada majalah Malaysian Women's Weekly

"Signorina Eleganza, a luxurious fragrance that celebrates feminine grace and seduction.
The fresh head notes of grapefruit and pear are a vivacious and stimulating introduction. Almond powder and golden osmanthus petals create a delicate yet intense heart, adding a touch of indulgent luxury. The base notes of patchouli and white leather create a dry-down effect that leaves a luscious, lingering scent on the skin."

Ada bau buah pear .Tapi, memang i suka , wangi dan tak peningkan kepala. Perfume paling best buat masa ni dan buatkan i rasa elegent gitu  ^_^  << Perasan!


Ricci Ricci by Nina Ricci 30ml
Hadiah dari fb Beautisentials

"Top notes, Rhubarb Zest, Bergamot. Middle notes: Moonflower, Tuberose, Centifolia Rose and base notes of Patchouli and Sandalwood"

Bau yang manis-manis + bunga. Tapi tak boleh sembur banyak sebab nanti pening :D



21 Nov 2014

Anna Sui Make Up Collection yang cantik !





Set makeup Anna Sui ni sebenarnya hadiah daripada Majalah Female. Hamper bernilai RM500. Ada 5 barang.Harga sebenar setiap satu tak tau plak sebab memang tak pernah pakai makeup ni. Tapi , rupa paras set Anna Sui ni memang sangat cantik, berbunga-bunga dan wangiii. 


1. Anna Sui Creamy Foundation Primer SPF20 PA++



2. Anna Sui Loose Powder Foundation #102 SPF20 PA++ 


3. Anna Sui Pencil Eyeliner WP  #001


4. Anna Sui Rose Cheek Color N #602


5. Anna Sui Lip stick V #302. Bentuk bintang yang comel.


Info Lebih : 
http://www.annasui-cosmetics.com/basemake/
http://www.annasui-cosmetics.com/catalogue/


27 Oct 2014

Sale - Jom Shopping di Elianto - Body Mist dan Eye Shadow


Seduction Body Mist
Cherry Blossom & Strawberry Body Mist
Eye Shadow Evian Blue

Ni la hasil rembatan shopping kat Elianto .I shopping sambil goyang kaki sambil menyusukan anak sambil membebel kat 2 orang anak yang sedang bermain-main dan terjerit-jerit. Anyway, i shopping online jer. Ni semua sebab mycybersale 3 hari tu la    *_*


Tetapi ....TETAPI  sale tu masih berlangsung sampai hari ni  -__-  huhu..  



~ sale sampai 50%
~Free delivery .Takde pembelian minimum ! Tempoh terhad.
~Combine 2 barang hanya RM10..(Showel gel & body mist  terpilih je)
semua ni hanya di www.elianto.biz !


Klik klik..bayar guna cimbclik.Murah kan  :)

26 Oct 2014

Mari mengumpul Voucher

Alhamdulillah , kumpul sikit-sikit .Ada fb yang tengah buat contest,so just klik je kat link tu .

Voucher Parkson dari fb astro.

Latest Recipe buffet dinner, Le Meridien Hotel KL dari The Star

 DHP clothing - Topman, Topshop dll dari fb Lactacyd
"To celebrate reaching 200k fans, the 1st 25 fans who completed our puzzle challenges will win a Lactacyd hamper worth RM120! 8 days x 25 winners each day! "
Setiap hari bermula pukul 12 tghari.

Voucher Guardian dari fb Guardian

p/s: Orang kata sikit-sikit ,lama- lama jadi banyakkkk  :)



HELLO KITTY’s 40th Anniversary celebration - Nusajaya, Johor



31 October  sehingga 2 November 2014 ~ 3 hari je
Lokasi: SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya, Johor
Aktiviti: Ada fashion show, nak catat Guinness World Record sempena berkumpulnya Hello Kitty fans, show off koleksi korang hehe, music event...banyak lagi la.
Harga:  Beli di SINI . Pastu pilih nak beli 1 park pass @ dua2 park.
Sekarang tengah banyak promosi eg: 20% daripada majalah cleo dengan menggunakan kod diskaun CLEOKITTY40. (sah untuk 1 park -Hello Kitty Town je.)
Info lebih : website


I tak dpt tiket free. huhu..So, duk umah diam-diam  

23 Oct 2014

Jalan-jalan di Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club - Puteri Harbour, Johor -Part 2


Bersambung dari cerita  Part 1

Little Big Club ni kat tingkat 1 & 2. Semua  Cenderahati  HK & Little Big Club ada di tingkat bawah.





Bersama Barney .Budak-budak ni tak heran sgt dengan si Barney ni.Tapi bila sampai je rumah, tengok cerita Barney terus jadi excited nak tengok banyak kali.Sebab dah jumpa depan mata agaknya.


  










Ada cafe kat sini

Bumper car pun ada

Dah lama tak naik bas..

Keretapi ni pun naik 2 kali pusing sebab dah petang , tak ramai


Kebetulan pergi masa cuti sekolah dan cuti hari Malaysia.Memang ramai sangat , nak tunggu turn pun lama.So, better pergi time weekday je. Puas hati dan boleh ulang2 main game banyak kali.







21 Oct 2014

Jalan-jalan di Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club - Puteri Harbour, Johor -Part 1


Dah lama niat nak bawa anak-anak pergi Hello Kitty Town ni. Macam best je untuk gegirl kn. Dulu masa pergi Legoland , anak kecik lg so tak banyak yang boleh join pun .Mainan semua untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.Banyak lepak kat playground je ..huhu.Masa ni water park pun takde lagi.

Kebetulan ada rezeki menang lak kat fb Dutch Lady.Dapat 4 tiket untuk 2 park ni.Harga tiket dewasa & kanak-kanak sama je.Anak-anak 3 tahun dan ke atas dah kena bayar.
Kalau nak survey harga , tengok gambar, beli tiket,promosi atau aktiviti boleh tgk di http://www.playtime.com.my

Kalau nak pergi ,lebih baik awal la..10 pagi sampai 6 petang. Puas hati sebab dapat join semua aktiviti,permainan dan tgk show. Hello Kitty kat tingkat 1 dan  Little Big Club kat tingkat 2 & 3.Kedai cenderahati pun ada .So, semua park dalam 1 bangunan je. Kalau ada 2 pass ni boleh turun naik sesuka hati naik lif atau escalator.
Ok layan...



Jadual show ni, siap2 ambil pic guna hp.Senang nak arrange nak pergi mana dulu.


Pintu masuk 

Beli tiket

Red Bow Cafe

Sila sengetkan kepala ke kanan hihi

Tingkat bawah-Kedai cenderahati. Ada pintu lagi satu dari luar bangunan.So, sesiapa pun boleh masuk dan beli barang-barang cenderahati ni.






Pic kedai cenderahati ni ambil kat fb  HK town & The Little Big Club


Tingkat 1- Hello Kitty Town.Sila sengetkan kepala ke kanan..huhu.Tak tau la pic kenapa taknak tegak lak. Import adik yg fanatik hello kitty  ;)

Cawan pusing

Rumah hello kitty

Rumah hello kitty dari tepi

Dalam rumah hello kitty







Parade 










Bersambung di Part 2 .