cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Sep 2012

The Body Shop - Super Volume Mascara

Ni kali pertama beli maskara kat Body Shop . Sebelum ni pakai Estee Lauder punya hantaran masa kawen,punya la lama tak beli kan.Sampai kat TBS, SA tu suggestkan Super Volume Mascara dan  bukan waterproof .Bila try kat situ, okeyla terus ambil. Harga RM45. Masa ni ada less 10%.Lagi best kalau beli time ada banyakk diskaun.



So far..
-Bukan waterproof, so senang nak tanggalkan.
-Berus yg besar, mudah nak guna.
-Efek melebat,melentik dan memanjang tu ada, ok..tp macam tak puas hati sgt.
-Agak clump sikit (bila sapu ada berketul) dan ambil masa nak kering.

Nak tau lebih pasal Super Volume Mascara,tips dan promosi lain, ada kat website The Body Shop.


21 Sep 2012

Menang perfume -Silky Girl dan SG Men

Berwangi-wangian lagi la lepas ni.Contest ni kat fb SG Men,klik awan-awan yang bergerak.Hadiah ada 100 set perfume.Top referrer dapat jam, yang ni memang dah skip awal-awal dah. Kalau bertuah dapatla match.Mula-mula macam dah frust je tapi lastly tawakkal.Tup tup ,terus je dapat match 1.Alhamdulillah, ada gak rezeki rupanya kat perfume yang comel ni.Jom like fb SG Men, mana tahu lepas ni ada contest lg..


Senarai penuh nama yg menang
Sempat print screen lagi. Maybe dapat sama macam ni.Apa pun, tunggu ..





20 Sep 2012

Tak kerja? Full-time Housewife?

Bila kita dah mampu capai apa yg kita nak , tapi satu hari kita terpaksa gak korbankan semua tu sebab keadaan yang tidak mengizinkan.Kena la redha mungkin ini yang terbaik untuk kita. Terpaksa duduk jauh dari keluarga,berhenti kerja,jual kereta dan jadi suri rumah sepenuh masa.Jadi suri rumah pun sebenarnya ada je kerja nak buat kecuali masa tidur atau tengah mood yang tersangaaat malass .

Satu hari.. "u,td masa tgh keje i ada jmpa girl. Mula2 tu nampak macam budak2 je gaya bercerita, bila tanya entah..tak tau je jawapnya.Lastly, bila dah lama borak rupa-rupanya bekas engineer tp berhenti sebab masalah peribadi.Mudaa lg tu,belajar kat U,pandai speaking chinese,english of course la kan,lepas tu gaya cakap educated.Saje je berlakon mcm tu". 
So,apa motif yang nak disampaikan sebenarnya???

First impression , nama pun perempuan mesti rasa JEALOUS.I PUN BOLEH JADI MACAM TU APAAA.hahaha..(abaikan motif sebenar cerita td) i pun study kat U, i boleh amik chinese dan english class bagi bahasa i lebih super power tahap gaban.i pun boleh jd IT Engineer. Lepas tu anak-anak kita hantar kat umah orang.Hari-hari i balik lewat,kita makan bungkus.Weekend, i kena shopping sebab weekday i tersangat la busy dan stress dengan kerja bertimbun-timbun.U tak suka shopping kan, i boleh drive sendiri.Taknak la pakai baju recycle banyak kali.Bulan depan nak bergaya pakai baju lain pulak.Takkan nak nak pakai baju sama je bila keluar.Boleh???Alamak..duit dah habissss

Mostly, 99.99% kehidupan seorang suri rumah tangga sepenuh masa memang kat rumah. Anak tak sihat, boleh jaga depan mata tak payah risau.Kemewahan tu rezeki masing-masing.Syukur walaupun tak mewah tapi cukup pakai makan.Kalau dulu ada kereta boleh bergerak mana-mana sendiri tanpa pertolongan sesiapa.Tapi, bila dah ada suami kena sedar diri.Kena ingat balik kita buat semua ni kerana Allah.Mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkan.Isteri yang bekerja selalu cakap yang suri rumah sepenuh masa adalah kerja yang paling diidamkan...so,beruntungnya jadi suri rumah sepenuh masa!







Buat Date and Cheese Tart

Projek tengah rajin nak buat tart. Sempena puasa dan raya hari tu, buah kurma memang senang nak dapat. Sukatan pun main agak-agak jer,next time boleh buat lagi.Simpan kat blog terus sebab sebelum ni tulis kat kertas lepas tu anak pun ikut main masak-masak kertas tu skali.

Pastri
-125g mentega (1/2 ketul)
-60g gula kastor (1/4 cawan)
-1 biji kuning telur (i masuk je 1 biji terus, haha )
-250g tepung gandum (2 cawan)
-1/2 sudu teh esen vanilla (kalau takde pun takpe)
-sedikit garam

Cara:
Pukul mentega dengan gula.Masukkan telur dan esen vanilla.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.Bulatkan sebesar ibu jari dan tekan dalam acuan tart.Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar 160C selama 15-20 minit atau sampai masak.Siap



Jem kurma
-Segenggam kurma yang dibuang biji(Lebih pun ok)
-Sedikit air
-Sedikit gula
-2 biji bunga cengkih

Cara:
Kisar buah kurma dengan air . Panaskan dalam periuk dengan api yang perlahan. Masukkan gula dan bunga cengkih .Kacau dan bila dah pekat, tutup api.Siap.
Bila dah sejuk, boleh masukkan jem kat dalam pastri tadi.


Cream cheese ( * Lepas ni, i nak buat separuh sukatan je)
-250g cream cheese (beli jenama Tartura)
-60g gula kastor(1/4 cawan)
-1 biji telur
-esen vanilla(takde pun takpe)

Cara:
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.Masukkan telur,esen vanilla dan putar lagi.Siap.
Sekarang ,tuang cream cheese ni ke dalam tart yang dah diisi dengan jem kurma tadi.Bakar lagi sekali dalam 4-5 minit.Jangan lama-lama sangat nanti hangit pulak. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

haha..ni la hasilnya..




19 Sep 2012

Rasa kecewa

Apa perasaan kalau benda yg kita rancang tak jadi? Benda yg kita nak tapi tak dapat? Dah dapat tapi terlepas pulak?rugi duit, masa..macam-macam.Kecewanya rasa,nak luahkan ke nak pendam sorang-sorang.Ada ke yang sudi nak dengar? Cakap sorang-sorang pastu bila dah penat, tido huhu.Ada ke yang buat camni?
Seronok je jadi baby.Tido nyenyak tak payah nak fikir macam-macam. Pastu bangun, muka senyummm.Tapi, itulah asam garam dunia dan realiti kehidupan.Kena gak lalui semua tu.Harapan, semoga esok , lusa, tulat dan seterusnya akan lebih baik dari hari ini.



Menang B.Liv dari Majalah Cosmopolitan

Ni kali kedua menang hadiah daripada Majalah Cosmo.Dapat sms kena collect kat MTouche Office sebelum 25/9/2012. Tapi,rasa macam tak sempat nak ambil hadiah ni je..


kat pic ni, mask.
bila buat kira-kira, so hadiah tu berharga RM41.40...

September Giveaway - Majalah The Malaysian Women's Weekly

Best betul hadiah MWW untuk bulan September ni. Kadang-kadang majalah kat kedai tu berbalut, so tak tau ape yang menarik kan. Lagi satu kalau ada rezeki menang , refer je terus kat sini , senang . Sempat lg if nak beli pastu join.Pilih sms atau pos. 
Ok,jom tengok apa hadiah untuk bulan ni..




 









18 Sep 2012

Dah sampai - hadiah mingguan Peraduan Memberku Hawa

Okey, ni bersambung daripada entry INI.
Ada lg rezeki menang hadiah yg comel2..


 Dapat bantal, botol air (yg ni kakak dah cop awal2 da..), penyangkut aksesori dan tidak ketinggalan sample daripada Kotex..



Dapat hadiah - Adidas dan Rimmel dari Cornetto

Menang peraduan Uda dan Dara kat fb CornettoLove. Dapat hadiah Rimmel & Adidas (RM100 X 2)
Ramai yang menang hadiah, Bcard, percutian, makan2...
Nak tahu aiskrim yg sedap dan info yg terbaru..jom terjah  fb CornettoLove !





Dapat perfume dan body spray jenama Adidas.
Eyeshadow, lipstick dan lipgloss jenama Rimmel.


8 Sep 2012

September Giveaway - Majalah Men's Health

Website : http://www.mens-health.com.my
Hadiah :  New fragrance- Armani Code Sport Athlete (RM220 )

1. http://www.mens-health.com.my/2012/08/29/mens-health-giveaways-3/
    tarikh tamat : 30/9/2012
    Just email jawapan dan hantar!





September Giveaway - Majalah Seventeen

Website : http://www.17.com.my
Hadiah : Skin Food (RM250), Sephora hamper (RM250), Kitchen Shopping Voucher (RM250) dan Redken (RM182)


Kalau belum pernah daftar, daftar dulu kat borang online tu. Next time tak payah daftar lg.
Lepas tu boleh pilih mana suka dan submit!

1. http://www.17.com.my/promo/win-skin-food-product-hampers/
    Tarikh tamat : 30/9/2012



     Tarikh tamat : 30/9/2012


    Tarikh tamat : 30/9/2012


    Tarikh tamat : 30/9/2012


September Giveaway - Majalah Marie Claire

Website : http://www.marieclaire.com.my
Hadiah : Crabtree & Evelyn (RM100) , Dr Brandt (RM179) dan L`Occitane (RM144)

Kalau belum pernah daftar, kena daftar dulu guna sms. Next time tak payah daftar lg.
1 sms akan dicas RM1.


1. http://www.marieclaire.com.my/2012/09/win-14/
    Tarikh tamat : 30/9/2012





September Giveaway - Majalah Female

Website : http://www.femalemag.com.my
Majalah Female untuk bulan September ni memang best sebab boleh dapat hadiah perfume dan makan2!

Kalau belum pernah daftar, daftar dulu kat borang online tu. Next time tak payah daftar lg.
Lepas tu boleh pilih mana suka dan submit!

1.   http://www.femalemag.com.my/female-september-reward/
      Tarikh tamat : 20/9/2012





 2. http://www.femalemag.com.my/2012/08/23/rewards-for-sept-12/
     Tarikh tamat : 20/9/2012






7 Sep 2012

Menang hadiah mingguan -Peraduan memberku hawa

Sebenarnya, peraduan ni dah lama habis dan tak tahu pun menang untuk hadiah mingguan punya.Macam mana tahu menang? Sebab time tengah2 boring , pergi google nama sendiri.Tup2, eh..nama i tu ada kat situ..

Hantar msg kat fb. Terus dapat call dan sebenarnya diaorang dah pernah call tp masuk voicemail.Luckily i call semula.Hantar jawapan kat email je. Sangkut gak nama.Orang lain semua dah dapat hadiah.So, tunggu je la.


Sebenarnya ada lg 1 contest Memberku Hawa (Tamat 15/8/2012) tp kena ada borang dan resit pembelian.Keputusan tak kuar lg. Bertuah la yang dapat kereta tu..



The Body Shop - Moroccan Rose yang sangat wangi

Kali ni,sesi habiskan voucher The Body Shop  di Jusco Tebrau City, JB. Kalau pakai duit sendiri rasanya pikir berpulohpulohkalisambilberpeluh kot..maklumlah sekarang kan dah tak kerja. Hajat di hati memang nak beli perfume bau rose.Tapi sampai je kat TBS, test bau macam2 last2 pening .

Lastly, husband suruh amik satu set je terus .I amik set Moroccan Rose dan automatik jadi member sebab beli barang lebih RM100 dalam 1 resit.Lain2 resit tak boleh.Dulu2 time muda remaja penah gak beli tp dulu kan murah tak macam sekarang, so tak dapatla jadi member.

Apa yang ada kat dalam set ni..
Harga 1 Set :RM 219

1. BODY BUTTER 200ML (Normal price: RM65)
2. SHOWER GEL 250ML (Normal price: RM45)
3. EDT 50ML(Normal price: RM79)
4. BODY MIST 100ML (Normal price: RM45)



 
 1 Set


Perfume ni jenis EDT, takde EDP ataupun oil punya. So, bau tu takde la tahan lama sangat sampai 10 jam kan. Lembut je bau rose ni dan rasa segarr


Body Mist ni macam perfume gak tp sekejap je bau wangi dia. Bau dia soft sikit dari perfume tu. Best spray lepas mandi atau tengah2 boring takde keje


 Shower gel ni untuk mandian la.Terasa macam mandi bunga..


Yang ni pulak Body Butter. Lotion yang pekat ni pakai kat tangan,kaki atau sukahati la kat mana dan bila2 masa pun.Tak melekit dan sekejap je meresap kat kulit.


Rasa lembut je pas pakai ni..cubalah


Hari Raya Aidilfitri 2012

Bulan ramadhan dan berlalu ,bulan Syawal pun tinggal lebih kurang 1 minggu je lagi..
Raya tahun ni , sambut sederhana je. Takde mewah2 pun tp cukup la buat anak2 happy dan dapat collect duit raya, hehe.
Layan pic anak2..
Sesi test kuih di pagi raya bersama baba


Duduk sopan2 yer..


First time wafiyya pakai kasut..asik ditarik2 je kasut tu..


Sempat lagi jeling-jeling, berkerut2 dahi kakak ni..

.
Peace ! Selamat Hari Raya..