cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

30 Jan 2015

Perfume Salvatore Ferragamo lagi - Signorina Eleganza EDP & Signorina EDT


Signorina Eleganza EDP 50ml & Signorina EDT 30ml

Bertambah koleksi perfume lagi .Hadiah dari majalah mww.Katanya dua perfume ni bernilai RM500.


Signorina Eleganza EDP 50ml. Ni ambil pic lama kat SINI

-Top notes of Pear and grapefruit
- Heart notes of almond
- Base notes of Patchouli and white leather
- Style: Feminine. Seductive. Elegant
Tapi, bila pk balik disebabkan dah ada perfume ni, hadiah ni dah selamat dijual dengan harga yang sgt murah dan ni ori tau.Tq buyer. Suka bau dia & wangi tak peningkan kepala.


Signorina EDT 30ml 

- Top notes of pink pepper

- Middle notes of jasmine, peony and rose
- Base notes of patchouli, musk and pannacotta accord
- Style: Joyful. Cheeky
Suka gak bau ni,ada bau rose,sweet dan tak kuat macam Eleganza.







20 Jan 2015

Hadiah Pandora dah sampai..


Alhamdulillah,gelang Pandora dah selamat sampai..Cerita asal di SINI.
Agak longgar dan sesuai untuk tambah charm lagi..  :D



Bracelet : SILVER COLLIER - RM295
Charm : PINK GLASS ZIG-ZAG CHARM - RM126 X 2
            RED SCOOTER DANGLE CHARM - RM169 
Clip : DARLING DAISIES CLIP WITH WHITE ENAMEL - RM211 x 2
Jumlah =RM 1138 

Pastu kita buat wishlist kat sini
Darling daisies clip takde kat sini,tapi takpe kita tukar dan tambah yang baru dengan tema merah & pink hahaha..opss RM2825 tu *___* 
Tak salah kalau berangan, Sekian....


16 Jan 2015

Nak Gelang Pandora!

Mula-mula tak heran sangat dengan Pandora ni.Tapi sejak nampak real depan mata terus jatuh hati.

Website ni dah siap letak harga tau.Tengok koleksi design terbaru yang ada Love tu, comel nye,cantik sangatttt.  



Nak beli husband tak support, better beli emas katanya. So, kita cari la sesiapa yg boleh bagi i free  :D Contohnya mcm cik Bella ni ....hikhik

  
Contest ni sebenarnya bln Dec'14 hari tu. Mengharap sangat nak menang sebenarnya.Jawab soalan dan buat slogan sikit. Hantar & Tawakkal ...
Tiba- tiba beberapa hari lepas dapat panggilan dari wakil Bella, i menang Pandora. Alhamdulillah,speechless sekejap..excited mcm dapat duit 1 juta jer.<<Ni la perasaan seorang suri rumah yg berjaya bila dapat hadiah>>
Lepas hntar salinan ic, dorang akan courier hadiah tu sebab duk luar kl.
Value dan bentuk gelang Pandora pun sebenarnya tak tau, organizer tak bagitahu..ni memang betul2 surprise.Harap muat la gelang tu nanti..

Bella ntv7 ni selalu buat contest.Join la!






11 Jan 2015

Takziah untuk mangsa banjir dan mari menderma -MERCY MALAYSIA

Takziah untuk mangsa yang terlibat dengan banjir .Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Bagi yang ingin menderma, banyak saluran yang dibuka .Di fb pun ramai yang share.Antaranya MERCY MALAYSIA

This is the time where all of us UNITE and lend a helping hand. 


Masa Untuk Bermain..Mencari Gelongsor Untuk Anak di Toys R Us

Dah lama survey nak belikan gelongsor untuk anak. Mamanye plak yang terlebih excited ye.Tapi bila tengok harga boleh pengsan. Dah boleh beli stok pampers dengan susu untuk sebulan je. Kalau yang ada buai lagi la mahal .

Nak yang murah kena survey banyak tempat lagi.Tapi nak yang dekat takde la pulak.
Skip.. skip..sampai la beberapa hari lepas, dapat gift card  Toys R Us  bernilai RM150 dari Dutch Lady.

Dengan pantasnye terus cari website Toys R us - http://www.toysrus.com.my . Kat sini pun boleh check Gift Card Balance dan Star Points. Dah tau harga bole la pergi cari kedainya

Jumpa yang paling simple .Kebetulan masih lagi simpan member kad anak, dapatlah diskaun untuk member.

Harga RM 199.95
Harga beli RM 169.95
Beli di  Toys R Us, Jusco tebrau JB
Just topup RM20 je.. okla kan, rezeki anak-anak





Annisa,1 thn 5 bln..







7 Jan 2015

Shopping di Zalora? Puas hati ke

1st time shopping terus habis RM250  *___*
Tapi, kali ni shopping tanpa habiskan duit poket sendiri sebab guna voucher dan kena habiskan terus.Kalau pakai duit sendiri, memang la berkira sangat.Kalau boleh cari yang paling murah asalkan cantik jee.
Voucher hadiah dari 7 Eleven..

Order pada hari jumaat ,25/12/2014.Barang selamat sampai hari selasa 29/12/2014. Emm...cepat gak sampai sebab ramai yang komen kat fb,dah berminggu-minggu tak dapat lagi barang yang dipesan. Anyway, kena selalu follow up.Dorang akan reply je.Ada rezeki, bole dapat free 1 year punya stok baju n kasut dari Zalora hehe.

So far, barang yang diterima puas hati. Kalau tak puas hati, boleh pulang semula dan dapat refund. Tapi kalau guna voucher , kita takkan dapat semula nilai voucher tu, just dapat duit yang kita bayar je..rugi, rugi..  T___T

Disebabkan boleh guna untuk normal price item & selected brand je, so tak banyak la boleh di beli kan..
Dapatlah beli 5 barang:
beg galas - suka sebab banyak poket
maxi skirt - kain polyblend,ada lining atas sikit & stretchable 
baju kimono - kain tebal
baju polo tee - kain lembut , sejuk & tak nipis
Sephora-Bubble Bath & Shower Gel ( Blueberry) -Bau mcm nak makan..
Ok..setakat ni,  puas hati la dari segi servis n barang dari zalora .Sekian...








1 Jan 2015

Selamat Tahun Baru 2015 - Mulakan dengan doa



Bismillah
Ya Allah
Jadikanlah permulaan tahun 2015 penuh dengan kebaikan, pertengahan membawa kepada kejayaan dan akhirnya peroleh keberuntungan.
Lindungilah kami Ya Allah daripada sebarang kecelakaan dan bencana alam yang berat. Sesungguhnya kami memohon kebaikan daripada-Mu Ya Allah
Amin

sumber pic dari PTS

18 Dec 2014

Shopping di Luxola - Beli Sleek Makeup i-Divine Original & dapat hadiah lagi.

Tiba-tiba je dapat email dari LUXOLA macam ni. Voucher RM50, takde minimum spend? apalagi ,jom shopping!

I order hari khamis malam jumaat 27/11/2014. Barang dapat hari selasa 2/12/2014.Cepat gak kan.Sebab barang ni dari Singapore. Customer Service pun bagus sebab tengah malam pun boleh reply email. Memang pantas!Kalau tak percaya, cuba tanya..hihi


I beli Sleek MakeUP i-Divine Original dan dapat free Sleek Maximum Impact Eyeshadow & free delivery!  :D
Tips: Kena baca review dulu kat google, sebab mostly colour berbeza kat website dengan pic sebenar



Sleek MakeUP i-Divine Original RM53





Sleek Maximum Impact Eyeshadow 

- LUXOLA ni based kat Singapore.
- Currency akan automatik tukar mengikut Country kita.
- Penghantaran percuma jika pembelian melebihi RM40.
- Boleh buat bayaran guna maybank2u, cimbclick etc


- Penghantaran menggunakan Aramex .Maybe Aramex gunakan perkhidmatan Nationwide.So, wakil nationwide yang hantar barang i tu.

Bestnya kalau dapat free voucher lagi kan.Ok,boleh register kat sini >>>>  LUXOLA . 

24 Nov 2014

Jalan-jalan Sanrio Hello Kitty Town Lagi- 40th Anniversary

Cerita awal bln 11 sebenarnya...Sambungan dari kisah ni...
Tiba- tiba dapat panggilan menang tiket masuk Sanrio Hello Kitty Town .Husband pun dapat.So, total ada 4 pass, dapatlah kami 1 family masuk lagi..


Memang ramai sangat kat dalam tu sempena 40th anniversary. Sebab dah pernah join aktiviti Wishful studio dan lain2, tak larat la nak beratur lama-lama.So,habiskan masa kat playground ~ Friendship Land je sampai petang dan sempat la naik Kitty Tea Cup Ride sebab semua dah nak balik. Anak-anak memang seronok sangat walaupun main kat playground je hikhik .

Kali ni special skit sebab ada HK Friends Catwalk,HK Friends Gathering, Rock Concert pun ada.Gathering & Rock Concert tu kat luar bangunan,tak join pun sebab tak rajin nak angkut anak ke hulu hilir dan sesak tuu.

Nak ambil gambar pun tak sempat. Dah nak balik baru terkedek-kedek nak amik gambar huhu..
Tapi sempat la ambil video ni, memang cute tengok Hello Kitty pakai kimono dan jadi ~> Samurai!  !!







Playground tu mcm ni , kecik je. Pic ni dari fb HK





Perfume Signorina Eleganza by Salvatore Ferragamo dan Ricci Ricci By Nina Ricci yang wangi

Signorina Eleganza EDP 100ml RM399
Hadiah daripada majalah Malaysian Women's Weekly

"Signorina Eleganza, a luxurious fragrance that celebrates feminine grace and seduction.
The fresh head notes of grapefruit and pear are a vivacious and stimulating introduction. Almond powder and golden osmanthus petals create a delicate yet intense heart, adding a touch of indulgent luxury. The base notes of patchouli and white leather create a dry-down effect that leaves a luscious, lingering scent on the skin."

Ada bau buah pear .Tapi, memang i suka , wangi dan tak peningkan kepala. Perfume paling best buat masa ni dan buatkan i rasa elegent gitu  ^_^  << Perasan!


Ricci Ricci by Nina Ricci 30ml
Hadiah dari fb Beautisentials

"Top notes, Rhubarb Zest, Bergamot. Middle notes: Moonflower, Tuberose, Centifolia Rose and base notes of Patchouli and Sandalwood"

Bau yang manis-manis + bunga. Tapi tak boleh sembur banyak sebab nanti pening :D



21 Nov 2014

Anna Sui Make Up Collection yang cantik !





Set makeup Anna Sui ni sebenarnya hadiah daripada Majalah Female. Hamper bernilai RM500. Ada 5 barang.Harga sebenar setiap satu tak tau plak sebab memang tak pernah pakai makeup ni. Tapi , rupa paras set Anna Sui ni memang sangat cantik, berbunga-bunga dan wangiii. 


1. Anna Sui Creamy Foundation Primer SPF20 PA++



2. Anna Sui Loose Powder Foundation #102 SPF20 PA++ 


3. Anna Sui Pencil Eyeliner WP  #001


4. Anna Sui Rose Cheek Color N #602


5. Anna Sui Lip stick V #302. Bentuk bintang yang comel.


Info Lebih : 
http://www.annasui-cosmetics.com/basemake/
http://www.annasui-cosmetics.com/catalogue/


27 Oct 2014

Sale - Jom Shopping di Elianto - Body Mist dan Eye Shadow


Seduction Body Mist
Cherry Blossom & Strawberry Body Mist
Eye Shadow Evian Blue

Ni la hasil rembatan shopping kat Elianto .I shopping sambil goyang kaki sambil menyusukan anak sambil membebel kat 2 orang anak yang sedang bermain-main dan terjerit-jerit. Anyway, i shopping online jer. Ni semua sebab mycybersale 3 hari tu la    *_*


Tetapi ....TETAPI  sale tu masih berlangsung sampai hari ni  -__-  huhu..  



~ sale sampai 50%
~Free delivery .Takde pembelian minimum ! Tempoh terhad.
~Combine 2 barang hanya RM10..(Showel gel & body mist  terpilih je)
semua ni hanya di www.elianto.biz !


Klik klik..bayar guna cimbclik.Murah kan  :)

26 Oct 2014

Mari mengumpul Voucher

Alhamdulillah , kumpul sikit-sikit .Ada fb yang tengah buat contest,so just klik je kat link tu .

Voucher Parkson dari fb astro.

Latest Recipe buffet dinner, Le Meridien Hotel KL dari The Star

 DHP clothing - Topman, Topshop dll dari fb Lactacyd
"To celebrate reaching 200k fans, the 1st 25 fans who completed our puzzle challenges will win a Lactacyd hamper worth RM120! 8 days x 25 winners each day! "
Setiap hari bermula pukul 12 tghari.

Voucher Guardian dari fb Guardian

p/s: Orang kata sikit-sikit ,lama- lama jadi banyakkkk  :)



HELLO KITTY’s 40th Anniversary celebration - Nusajaya, Johor



31 October  sehingga 2 November 2014 ~ 3 hari je
Lokasi: SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya, Johor
Aktiviti: Ada fashion show, nak catat Guinness World Record sempena berkumpulnya Hello Kitty fans, show off koleksi korang hehe, music event...banyak lagi la.
Harga:  Beli di SINI . Pastu pilih nak beli 1 park pass @ dua2 park.
Sekarang tengah banyak promosi eg: 20% daripada majalah cleo dengan menggunakan kod diskaun CLEOKITTY40. (sah untuk 1 park -Hello Kitty Town je.)
Info lebih : website


I tak dpt tiket free. huhu..So, duk umah diam-diam  

23 Oct 2014

Jalan-jalan di Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club - Puteri Harbour, Johor -Part 2


Bersambung dari cerita  Part 1

Little Big Club ni kat tingkat 1 & 2. Semua  Cenderahati  HK & Little Big Club ada di tingkat bawah.





Bersama Barney .Budak-budak ni tak heran sgt dengan si Barney ni.Tapi bila sampai je rumah, tengok cerita Barney terus jadi excited nak tengok banyak kali.Sebab dah jumpa depan mata agaknya.


  










Ada cafe kat sini

Bumper car pun ada

Dah lama tak naik bas..

Keretapi ni pun naik 2 kali pusing sebab dah petang , tak ramai


Kebetulan pergi masa cuti sekolah dan cuti hari Malaysia.Memang ramai sangat , nak tunggu turn pun lama.So, better pergi time weekday je. Puas hati dan boleh ulang2 main game banyak kali.