cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 Jan 2015

Masa Untuk Bermain..Mencari Gelongsor Untuk Anak di Toys R Us

Dah lama survey nak belikan gelongsor untuk anak. Mamanye plak yang terlebih excited ye.Tapi bila tengok harga boleh pengsan. Dah boleh beli stok pampers dengan susu untuk sebulan je. Kalau yang ada buai lagi la mahal .

Nak yang murah kena survey banyak tempat lagi.Tapi nak yang dekat takde la pulak.
Skip.. skip..sampai la beberapa hari lepas, dapat gift card  Toys R Us  bernilai RM150 dari Dutch Lady.

Dengan pantasnye terus cari website Toys R us - http://www.toysrus.com.my . Kat sini pun boleh check Gift Card Balance dan Star Points. Dah tau harga bole la pergi cari kedainya

Jumpa yang paling simple .Kebetulan masih lagi simpan member kad anak, dapatlah diskaun untuk member.

Harga RM 199.95
Harga beli RM 169.95
Beli di  Toys R Us, Jusco tebrau JB
Just topup RM20 je.. okla kan, rezeki anak-anak





Annisa,1 thn 5 bln..







7 Jan 2015

Shopping di Zalora? Puas hati ke

1st time shopping terus habis RM250  *___*
Tapi, kali ni shopping tanpa habiskan duit poket sendiri sebab guna voucher dan kena habiskan terus.Kalau pakai duit sendiri, memang la berkira sangat.Kalau boleh cari yang paling murah asalkan cantik jee.
Voucher hadiah dari 7 Eleven..

Order pada hari jumaat ,25/12/2014.Barang selamat sampai hari selasa 29/12/2014. Emm...cepat gak sampai sebab ramai yang komen kat fb,dah berminggu-minggu tak dapat lagi barang yang dipesan. Anyway, kena selalu follow up.Dorang akan reply je.Ada rezeki, bole dapat free 1 year punya stok baju n kasut dari Zalora hehe.

So far, barang yang diterima puas hati. Kalau tak puas hati, boleh pulang semula dan dapat refund. Tapi kalau guna voucher , kita takkan dapat semula nilai voucher tu, just dapat duit yang kita bayar je..rugi, rugi..  T___T

Disebabkan boleh guna untuk normal price item & selected brand je, so tak banyak la boleh di beli kan..
Dapatlah beli 5 barang:
beg galas - suka sebab banyak poket
maxi skirt - kain polyblend,ada lining atas sikit & stretchable 
baju kimono - kain tebal
baju polo tee - kain lembut , sejuk & tak nipis
Sephora-Bubble Bath & Shower Gel ( Blueberry) -Bau mcm nak makan..
Ok..setakat ni,  puas hati la dari segi servis n barang dari zalora .Sekian...