cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

27 Oct 2014

Sale - Jom Shopping di Elianto - Body Mist dan Eye Shadow


Seduction Body Mist
Cherry Blossom & Strawberry Body Mist
Eye Shadow Evian Blue

Ni la hasil rembatan shopping kat Elianto .I shopping sambil goyang kaki sambil menyusukan anak sambil membebel kat 2 orang anak yang sedang bermain-main dan terjerit-jerit. Anyway, i shopping online jer. Ni semua sebab mycybersale 3 hari tu la    *_*


Tetapi ....TETAPI  sale tu masih berlangsung sampai hari ni  -__-  huhu..  



~ sale sampai 50%
~Free delivery .Takde pembelian minimum ! Tempoh terhad.
~Combine 2 barang hanya RM10..(Showel gel & body mist  terpilih je)
semua ni hanya di www.elianto.biz !


Klik klik..bayar guna cimbclik.Murah kan  :)

26 Oct 2014

Mari mengumpul Voucher

Alhamdulillah , kumpul sikit-sikit .Ada fb yang tengah buat contest,so just klik je kat link tu .

Voucher Parkson dari fb astro.

Latest Recipe buffet dinner, Le Meridien Hotel KL dari The Star

 DHP clothing - Topman, Topshop dll dari fb Lactacyd
"To celebrate reaching 200k fans, the 1st 25 fans who completed our puzzle challenges will win a Lactacyd hamper worth RM120! 8 days x 25 winners each day! "
Setiap hari bermula pukul 12 tghari.

Voucher Guardian dari fb Guardian

p/s: Orang kata sikit-sikit ,lama- lama jadi banyakkkk  :)



HELLO KITTY’s 40th Anniversary celebration - Nusajaya, Johor



31 October  sehingga 2 November 2014 ~ 3 hari je
Lokasi: SANRIO HELLO KITTY TOWN Nusajaya, Johor
Aktiviti: Ada fashion show, nak catat Guinness World Record sempena berkumpulnya Hello Kitty fans, show off koleksi korang hehe, music event...banyak lagi la.
Harga:  Beli di SINI . Pastu pilih nak beli 1 park pass @ dua2 park.
Sekarang tengah banyak promosi eg: 20% daripada majalah cleo dengan menggunakan kod diskaun CLEOKITTY40. (sah untuk 1 park -Hello Kitty Town je.)
Info lebih : website


I tak dpt tiket free. huhu..So, duk umah diam-diam  

23 Oct 2014

Jalan-jalan di Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club - Puteri Harbour, Johor -Part 2


Bersambung dari cerita  Part 1

Little Big Club ni kat tingkat 1 & 2. Semua  Cenderahati  HK & Little Big Club ada di tingkat bawah.





Bersama Barney .Budak-budak ni tak heran sgt dengan si Barney ni.Tapi bila sampai je rumah, tengok cerita Barney terus jadi excited nak tengok banyak kali.Sebab dah jumpa depan mata agaknya.


  










Ada cafe kat sini

Bumper car pun ada

Dah lama tak naik bas..

Keretapi ni pun naik 2 kali pusing sebab dah petang , tak ramai


Kebetulan pergi masa cuti sekolah dan cuti hari Malaysia.Memang ramai sangat , nak tunggu turn pun lama.So, better pergi time weekday je. Puas hati dan boleh ulang2 main game banyak kali.







21 Oct 2014

Jalan-jalan di Sanrio Hello Kitty Town & The Little Big Club - Puteri Harbour, Johor -Part 1


Dah lama niat nak bawa anak-anak pergi Hello Kitty Town ni. Macam best je untuk gegirl kn. Dulu masa pergi Legoland , anak kecik lg so tak banyak yang boleh join pun .Mainan semua untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.Banyak lepak kat playground je ..huhu.Masa ni water park pun takde lagi.

Kebetulan ada rezeki menang lak kat fb Dutch Lady.Dapat 4 tiket untuk 2 park ni.Harga tiket dewasa & kanak-kanak sama je.Anak-anak 3 tahun dan ke atas dah kena bayar.
Kalau nak survey harga , tengok gambar, beli tiket,promosi atau aktiviti boleh tgk di http://www.playtime.com.my

Kalau nak pergi ,lebih baik awal la..10 pagi sampai 6 petang. Puas hati sebab dapat join semua aktiviti,permainan dan tgk show. Hello Kitty kat tingkat 1 dan  Little Big Club kat tingkat 2 & 3.Kedai cenderahati pun ada .So, semua park dalam 1 bangunan je. Kalau ada 2 pass ni boleh turun naik sesuka hati naik lif atau escalator.
Ok layan...



Jadual show ni, siap2 ambil pic guna hp.Senang nak arrange nak pergi mana dulu.


Pintu masuk 

Beli tiket

Red Bow Cafe

Sila sengetkan kepala ke kanan hihi

Tingkat bawah-Kedai cenderahati. Ada pintu lagi satu dari luar bangunan.So, sesiapa pun boleh masuk dan beli barang-barang cenderahati ni.






Pic kedai cenderahati ni ambil kat fb  HK town & The Little Big Club


Tingkat 1- Hello Kitty Town.Sila sengetkan kepala ke kanan..huhu.Tak tau la pic kenapa taknak tegak lak. Import adik yg fanatik hello kitty  ;)

Cawan pusing

Rumah hello kitty

Rumah hello kitty dari tepi

Dalam rumah hello kitty







Parade 










Bersambung di Part 2 .