Dah lama niat nak bawa anak-anak pergi Hello Kitty Town ni. Macam best je untuk gegirl kn. Dulu masa pergi Legoland , anak kecik lg so tak banyak yang boleh join pun .Mainan semua untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.Banyak lepak kat playground je ..huhu.Masa ni water park pun takde lagi.
Kebetulan ada rezeki menang lak kat fb Dutch Lady.Dapat 4 tiket untuk 2 park ni.Harga tiket dewasa & kanak-kanak sama je.Anak-anak 3 tahun dan ke atas dah kena bayar.
Kalau nak survey harga , tengok gambar, beli tiket,promosi atau aktiviti boleh tgk di http://www.playtime.com.my
Kalau nak pergi ,lebih baik awal la..10 pagi sampai 6 petang. Puas hati sebab dapat join semua aktiviti,permainan dan tgk show. Hello Kitty kat tingkat 1 dan Little Big Club kat tingkat 2 & 3.Kedai cenderahati pun ada .So, semua park dalam 1 bangunan je. Kalau ada 2 pass ni boleh turun naik sesuka hati naik lif atau escalator.
Ok layan...
Jadual show ni, siap2 ambil pic guna hp.Senang nak arrange nak pergi mana dulu.
Pintu masuk
Beli tiket
Red Bow Cafe
Sila sengetkan kepala ke kanan hihi
Tingkat bawah-Kedai cenderahati. Ada pintu lagi satu dari luar bangunan.So, sesiapa pun boleh masuk dan beli barang-barang cenderahati ni.
Pic kedai cenderahati ni ambil kat fb HK town & The Little Big Club.
Tingkat 1- Hello Kitty Town.Sila sengetkan kepala ke kanan..huhu.Tak tau la pic kenapa taknak tegak lak. Import adik yg fanatik hello kitty ;)
Cawan pusing
Rumah hello kitty
Rumah hello kitty dari tepi
Dalam rumah hello kitty
Parade
Bersambung di Part 2 .
No comments:
Post a Comment