cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Oct 2013

Pengalaman bersalin anak ketiga , Overdue

Lama betul menyepi..

Alhamdulillah, selamat bersalin pada sabtu 20 july 2013 5.57pm secara normal di Hospital Sultan Ismail, Johor.Yg ni pun overdue sama anak yg first .So, bila baby tak nak kuar lagi lepas seminggu tarikh due date,redha dan pasrah je pergi hospital harap semua selamat. Selambe je makan kurma dgn air depan orang time puasa sblm masuk labour room.hoho.. tapi mmg serius lupa bila husband tegur baru perasan..ye la, da skip puasa bbp hari dah.

Sampai hospital tengahari,daftar.Masuk bilik saringan rupa2nya dah buka 4cm. Mmg takde rasa apa pun.Tolak masuk labour room. Husband pun ikut masuk sekali.Sakit boleh tahan lg.Lepas masuk ubat kat tangan,tak lama tu sakit sgt dah tak tahan.Sempat terlelap gak sebab kesan bius .Nurse kata baru 6cm. Tiba2 terteran dan nurse terus ckp dah sampai masa.Tak igt brapa kali push sbb mcm penat.Sepatutnya bila sakit baru push tapi bila dgr org cakap push kita pun terikut2 plak.*just husband dgn nurse je yg sambut baby huhu, doc takde*. Next time *kena igt, bila rasa contraction kuat je push push, bila hilang sekejap time tu la rehat dan tarik nafas.Pastu bila contraction kuat datang lg, baru push push lg..so, takde la penat.

Akhirnya..Baby girl selamat cuma biru skit kurang oksigen.Lepas bg oksigen dan susu baru nampak merah ckit muka. Berat 3.4.Terkejut gak sbb masa checkup selalu nurse dan doc ckp baby kecik ni.Tapi sebab i takde apa2 masalah masa mengandung, so takde risau pun sebab kakak2 nya pun sblm ni 2.4kg dan 2.7kg je pun.

Duk 1 mlm dan tghari dah boleh blk umah, yeay..

zahidah annisa binti mohd fuad :)









29 Jun 2013

Parenthood Expo 2013 di Danga City Mall, JB.

Expo yang ditunggu-tunggu oleh mommies kembali lagi di Danga City Mall,JB dari 28 jun13 sampai 30 jun 13  (10 pg - 9 mlm).
Tapi, yang sedihnye..i tak dapat pergi sebab dah tak larat nak pergi tempat sesak2 + anak2 yang excited kesana sini + husband kerja..
Walaupun husband kerja tapi sempat gak singgah untuk beli barang2 keperluan nak bersalin dan ambil hadiah.. seronokye. Husband pergi ptg jumaat lepas abis kerja.So, hasilnya...


1. TYT Herbal Medicated Oil Roll On - RM12 untuk 2
Harga asal RM12 untuk 1.Kiranya ada 50% la..
2. Mandian Bersalin - RM20/kotak  (1 kotak ada 8 paket).Ada free botol kecik minyak TYT. 
3. Herba Mandian Bayi -RM15/kotak ( 1 kotak ada 7 paket).

Cari booth MAM nak beli silk teat wafiyya punya,tapi takde..booth diapers mcm Drypers pun takde ..

Yang ni hadiah dari Mom & Baby Expo..
Like & Share gambar je kat fb.Share la selalu pagi, petang , malam dgn harapan nak menang..Akhirnya,sangkut nama diri sendiri dgn husband. Syukur sgt.





CobyHaus & Parklon Playmat RM499.
Mahal betul harganya tapi puas hati bila tengok.Dua2 side boleh guna.Nak tgk design lain ada kat fb Parklon Malaysia.



Snug Breast Pump 
Pam susu ni 3 dalam 1.Boleh guna elektrik,bateri atau manual.Alhamdulillah rezeki untuk baby dapat hadiah pam susu.Baru hari tu beli pam susu manual Unimom,tak sangka impian nak pam susu 3 in 1 ni tercapai gak..








25 Jun 2013

Bercuti di Tioman - Damai Tioman Resort

Pulau Tioman...akhirnya, kami datang! 
Percutian 3 hari 2 malam ni free sebab husband menang hadiah pakej Full Board ni kat fb Sota.travel..
So,kami ambil hari sabtu, ahad dan isnin tarikh 15,16 dan 17 jun 2013..
Hari ahad tu kebetulan Hari Bapa..So, percutian ni  adalah hadiah untuk husband i la ni..
For u my hubby ...*i Sayang u ^_^ *





Tapi disebabkan ada anak umur 3 tahun, kena caj sama mcm org dewasa gak jadi kami minta tukar resort lain.At lease kurang skit la, just tambah RM55. Duduk bermalam di Damai Tioman Resort, dapat bilik standard ada 2 katil, ada aircond tp takde tv..water heater pun tak berfungsi,huhu..
Pakej ni termasuk feri,snorkeling tapi kelengkapan mcm snorkel,life jacket, tu kena caj lain2..Makan pun termasuk pakej sekali..sarapan, makan tengahari dan makan malam.Ada bbq gak..

Naik feri kat Mersing.First time nak naik feri, tapi sampai kat jeti lambat.Tiket feri pukul 2 ptg .Hampir tertinggal feri dan *pengsan* kalau kena tunggu next feri..rupa-rupanya kena register dulu,bg ic,agent tu dah lama tunggu kitaorang..
Tunggu punya tunggu, ada pun rezeki ..agent kata boleh naik trus, *selamat*

Time ni nak tgk jam pun tak sempat, naik feri..rasa pening2 ..sempat gak terlelap sekejap,rasanya sejam lebih,dah selamat sampai kat Kampung Genting..








ni la dia 1st stop feri, kampung genting..ada kedai runcit,kedai cenderahati, tadika dan klinik kesihatan pun ada.


Lepas turun dari feri, jalan kaki je nak pergi resort tu..


Sampai kat resort ni, dorang bagi briefing tentang aktiviti sepanjang kat sini.Mana orang lain?? hehe..kebetulan cuti sekolah baru je habis, memang tak ramai sangat orang.Kalau tak, memang penuh la,Adala beberapa geng yang baru sama-sama sampai dengan kitaorang. Kat sini la tempat makan, lepak tengok tv dan tengok air laut...

Check-in bilik,solat, terus bersiap2 p main air...Anak-anak dah tak sabar naik main air laut










Kami menginap di Damai Tioman Resort..





Aktiviti snorkeling adalah pada hari kedua lepas sarapan.Tapi disebabkan i ni dah 8bln ++ ..so memang tak join la.Rugi ker? nasib ni sume free..Tiba2 husband pun cakap tak nak snorkeling.Lain kali ade rezeki boleh pergi sini lagi (bila anak2 dah besar la kn) better teman anak2 dan isteri *terharuuu*..

So, lepas sarapan...mandi laut lg...
Itulah aktiviti sepanjang kat tioman ni, mandi laut ,makan tgk tv, mandi laut lagi..mandi laut lagi...sampai la hari ketiga nak balikk da
















Nak balik dah,InsyaAllah..ada rezeki kami datang lagi! 

23 Jun 2013

Rezeki yang dikongsi bersama keluarga

Seronok betul bila tgk orang lain post kat fb menang hadiah best2,duit, gadget, makan-makan,tv,peti ais,periuk,percutian kat oversea.Lagi best ada yg dapat pergi umrah atau haji.
Sedih gak la bila kita tak menang kan.Tapi kan kita dah berusaha, ikhtiar dan tawakkal.So, kenapa perlu sedih lama2.Mungkin rezeki kita ada di tempat lain dan mungkin juga esok lusa rezeki kita pula...Betul tak...
Alhamdulillah..

*Hasil tangkapan sekeluarga..


Voucher Watsons RM10 dari Wishing Tree Contest


Voucher Nandos dari The Star 



VitaHealth L-Glutathione Plus dari fb Vitahealth RM169.60


Produk Bliv RM339.60 dari Promosi Majalah Female bulan April 2013

Japan Silk Mask - Repair and Rescue RM 39.90
soothe and splash RM 99.90 - main Function:anti-sensitive & anti-dryness moisturizer
Soothe and matte  RM99.90 - main function :anti-sensitivity & oil-control moisturizer
balm and calm RM99.90 - main Function:sensitive reducing essence

Neubodi Milan- Mid Waist Derriere Lift RM368 


Neubodi  L'amour - Clara Elegant with panty RM228 + RM59.90 




Produk Enchanteur RM150 dari Promosi Majalah Cosmopolitan bulan April 2013


SHILLS Miracle-Lift Body Contour and Anosa Fit Patch RM59 X 2 dari fb Sasa Malaysia