cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Jun 2013

Bercuti di Tioman - Damai Tioman Resort

Pulau Tioman...akhirnya, kami datang! 
Percutian 3 hari 2 malam ni free sebab husband menang hadiah pakej Full Board ni kat fb Sota.travel..
So,kami ambil hari sabtu, ahad dan isnin tarikh 15,16 dan 17 jun 2013..
Hari ahad tu kebetulan Hari Bapa..So, percutian ni  adalah hadiah untuk husband i la ni..
For u my hubby ...*i Sayang u ^_^ *





Tapi disebabkan ada anak umur 3 tahun, kena caj sama mcm org dewasa gak jadi kami minta tukar resort lain.At lease kurang skit la, just tambah RM55. Duduk bermalam di Damai Tioman Resort, dapat bilik standard ada 2 katil, ada aircond tp takde tv..water heater pun tak berfungsi,huhu..
Pakej ni termasuk feri,snorkeling tapi kelengkapan mcm snorkel,life jacket, tu kena caj lain2..Makan pun termasuk pakej sekali..sarapan, makan tengahari dan makan malam.Ada bbq gak..

Naik feri kat Mersing.First time nak naik feri, tapi sampai kat jeti lambat.Tiket feri pukul 2 ptg .Hampir tertinggal feri dan *pengsan* kalau kena tunggu next feri..rupa-rupanya kena register dulu,bg ic,agent tu dah lama tunggu kitaorang..
Tunggu punya tunggu, ada pun rezeki ..agent kata boleh naik trus, *selamat*

Time ni nak tgk jam pun tak sempat, naik feri..rasa pening2 ..sempat gak terlelap sekejap,rasanya sejam lebih,dah selamat sampai kat Kampung Genting..








ni la dia 1st stop feri, kampung genting..ada kedai runcit,kedai cenderahati, tadika dan klinik kesihatan pun ada.


Lepas turun dari feri, jalan kaki je nak pergi resort tu..


Sampai kat resort ni, dorang bagi briefing tentang aktiviti sepanjang kat sini.Mana orang lain?? hehe..kebetulan cuti sekolah baru je habis, memang tak ramai sangat orang.Kalau tak, memang penuh la,Adala beberapa geng yang baru sama-sama sampai dengan kitaorang. Kat sini la tempat makan, lepak tengok tv dan tengok air laut...

Check-in bilik,solat, terus bersiap2 p main air...Anak-anak dah tak sabar naik main air laut










Kami menginap di Damai Tioman Resort..





Aktiviti snorkeling adalah pada hari kedua lepas sarapan.Tapi disebabkan i ni dah 8bln ++ ..so memang tak join la.Rugi ker? nasib ni sume free..Tiba2 husband pun cakap tak nak snorkeling.Lain kali ade rezeki boleh pergi sini lagi (bila anak2 dah besar la kn) better teman anak2 dan isteri *terharuuu*..

So, lepas sarapan...mandi laut lg...
Itulah aktiviti sepanjang kat tioman ni, mandi laut ,makan tgk tv, mandi laut lagi..mandi laut lagi...sampai la hari ketiga nak balikk da
















Nak balik dah,InsyaAllah..ada rezeki kami datang lagi! 

2 comments:

  1. kemain gitu dpt bejalan..hu
    sonok je ngok zakirah n yaya..hehek

    ReplyDelete
  2. @ayuni : free..dapatla merasa jalan2 sini...

    ReplyDelete