cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 May 2013

Last day! Promosi berganda di www.nr4u.com.my sehingga 22%


Siapa yang tak suka bila jumpa perkataan Promosi ? Promo ni kat Official website NR sahaja, bersempena Hari Ibu dan Hari Guru, ada promosi 2 hari je...  
Kalau belum daftar, cepat2 daftar jadi ahli maya ikut arahan je, senang..

Ni dah kali kedua beli kat sini. Masa nak bersalin anak kedua beli pil Phytonatal dan minyak herbanika.Anak ketiga ni, just beli pil Phytonatal masa promosi hari mengundi yg lepas dapat less 20%. Ada cas penghantaran RM10 dan diterima dlm masa 7 hari...





9 May 2013

Cirit birit semasa mengandung


Dah dua hari ni dah perut memulas, keluar masuk pergi toilet.Nak teran kuat2 pun takut sebab tgh mengandung.Malam tadi pun sampai sakit2 satu badan. Zakirah pun dah 2 hari demam,dia pun kena cirit birit gak.Penat dan rasa nak pengsan pun ada gak   :(   Hubby pun kuar pagi blk tgh malam.Takpela hubby cari rezeki untuk keluarga *mood sedapkan hati sendiri,huhu  

Rindu nye kat mak dgn abah kat kampung.*sedih lg Kalau blk kg, mak akan tlg bg anak mkn, tukar pampers bila tgk diri ni macam dah tak larat je..

5 May 2013

Kenapa stress dengan anak-anak

Makin kurang tahap kesabaran bila anak-anak menangis dan menjerit2.Boleh jadi stress tahap maksima.Kadang2 tangan ni naik gak kat badan sebab geram.Tp bila tengok anak2 tidur tersedu2 jadi sedih sangat.Taubat dan doa harap esok tak jadi lagi.Ye..esok nya stress lagi...bila tengok kakak dgn adik duk berebut, ketuk dan bersepah sana sini. Baby dalam perut ni pun stress gak agaknya

Kadang2 terpikir gak,macam ni la bila suami isteri dua2 panas baran. Sepatutnya kalau isteri tgh marah2 anak, suami perlu lebih cool tp ni lg hot sebab dia pun tak suka dengar budak menangis.Camne .. 

ada terbaca kat blog2..
Anak2 kita yg belum baligh ni ahli syurga tau , beruntunglah ibu2 yang dapat melayan anak2 ni dgn penuh kasih sayang , didik anak , bagi anak makan, bagi mandi ....semua tu dapat pahala sebab kita sedang melayan ahli syurga


Ya Allah, berikan lah daku kesabaran untuk mendidik anak-anakku ...

Rezeki anak ketiga

Fuhhh...dah lama tak buka blog ni, sebab penangan mengandung anak ketiga.Rezeki yang tidak diduga,alhamdulillah.Walaupun tak alami alahan yang teruk tp mood nak berblog tu tak datang2.Duk umah layan anak2,tgk tv..zzz..

Hari ni dah masuk 28++ minggu.Due date 14/7/2013 . Bulan puasa tuu...insyaAllah.Scan?mula2 je kat klinik panel,pastu tunggu la scan free kat klinik kerajaan tu. So, boy atau girl pun taktau lg.Doa semoga anak sihat sempurna..

Persediaan untuk baby, mostly baju yg boleh dipakai akan diperturunkan kepada baby ni. Ada gak download list keperluan baby dari website2. Senang..
bengkungmoden.com

Persediaan untuk mama,beli sikit2 dan insyaAllah cukup.
Ada yang beli online dan beli kat market je. Dah anak ketiga ni,  boleh agak sikit mana yg perlu dan tak. So, boleh jimat duit.