cerita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Oct 2012

Percutian Budget 2 hari 1 malam di Cameron Highand,Pahang

Yeay..akhirnya,sampai juga kat Cameron Highland.Orang lain dah ulang-alik banyak kali tapi tak kisah la sebab dapat bercuti bersama keluarga memang seronok.Pemandu arah kali ni ialah mr.GPS. 

Just follow je dan ikut Simpang Pulai.Fuh,memang pening kepala la sebab dari kecik memang mabuk bila naik kereta apatah lagi bila jalan pusing-pusing dan naik bukit2. Si kecik pun asik isap2 jari, pandai pulak dia buat mcm tu sebab kesan tekanan bila naik bukit2 ni.


Tak puas la berjalan 2 hari ni,kan best kalau dapat bercuti 1 minggu kan en Husband ;p
Bertolak hari selasa pun da lewat so sampai Cameron dah petang. Duduk hotel Chua Gin kat Brinchang RM70/malam untuk 2 katil besar,ada tv comel,water heater yg berfungsi(sebab sebelum ni tgk komen org ramai cakap water heater tak berfungsi).Kiranya okey la duduk hotel budget ni. 

Pasal makan , just cari kedai area hotel je.Makan kat kedai Nik Ikan Bakar dan Tomyam,betul2 kat belakang hotel. Menu ikan bakar murah tapi if nak makan stim or etc kena sediakan duit lebih. Ikan siakap masak stim boleh cecah RM40 tu, so sebelum order kena tanya harga dulu.


Tak sempat nak pergi banyak tempat sebab keadaan tak mengizinkan.Pergi ladang teh Bharat (Cameron Valley Kuala Terla), MARDI, YZ Agro Farm dan Big Red Strawberry Farm. Dapatlah petik sendiri strawberry.Kalau tak, merajuk  ;p . Pergi weekday so takde la happening sangat macam weekend, ada pasar mlm tu. Tapi,dah tau jalan sikit2 so lain kali boleh pergi lagi, insyaAllah..



Hujan..






Persimpangan Simpang Pulai


 Kunyah-kunyah ayam , licin sampai nampak tulang



 Pressure..isap jari pun best gak


Subhanallah..


ladang teh Bharat (Cameron Valley Kuala Terla)





Ni kat hotel Chua Gin RM70 untuk 1 malam (2 katil besar) .Harga bermula RM60 je (rasanya 1 katil besar + 1 katil bujang), murah kan..


 kedai Nik Ikan Bakar..nyum nyum



 YZ Agro Farm , makan je tapi tak syiokk la..
lagi best petik strawberry + cair kan coklat compound yg kat umah tu = celup2 strawberry 







 yg ni kat MARDI.Tak best pun, nak bawak budak2 rombongan sekolah, boleh la kot..


Big Red Strawberry Farm.Ngeri je bila tengok balik tempat parking kat atas ni.Ada je parking kat bawah sana yg tak cerun camni, saje je
Masuk free..



Peace ^_^



yang ni kakak punya!!
1/2 kilo strawberry =RM25 
tak kira la besar ke kecik








Kakak, nape tiba2 adik nampak semua gelap jerr???



Sejuk kat atas ni .Sampai je atas ni sebenarnya hujan lebat.So, memang lama la lepak kat sini.InsyaAllah, ada rezeki datang lagi...


23 Oct 2012

Dapat hadiah kecil-kecilan

Bila nak dapat hadiah grand ni,insyaAllah semoga ada rezeki satu hari nanti.Biasanya kena ada POP + tenaga + masa utk dapatkannya..
p/s :Share kat sini sebab ada contest yg still berjalan @ biasanya akan datang pun ada.So, u all pun boleh menang gak  :)



Hamper Majalah Eh - Bio essence RM200++


 
Hamper Majalah Eh - RM100++



Voucher dr fb Dutch Lady RM100 




Bekalan Kotex (Pad dan Pantiliner) selama 1 tahun 


Bekalan Poise (Pantiliner) selama 6 bulan x 2


 


Wax dr fb Elite Edgy EFX

22 Oct 2012

Takde semangat..

Banyak benda dalam list nak buat tapi satu benda pun tak jalan sebab takde mood ...
mood ke laut..  :(

20 Oct 2012

Tahniah buat Amalina & Darus..

Alhamdulillah, adik dah selamat bergelar isteri orang pada 13.10.2012 .Majlis yang simple tapi tetap meriah dengan kehadiran kawan-kawan dan sedara mara.Layan...









9 Oct 2012

The Body Shop - Beli Perfume Amazonian Wild Lily


Wangian terbaru daripada The Body Shop, boleh mix 2 wangian dan hasilkan bau yang unik dan wangi. Ada 5 iaitu Amazonian Wild Lily,Atlas Mountain Rose,Indian Night JasminJapanese Cherry Blossom dan Madagascan Vanilla Flower .Sama tak dengan perfume yang lama? Ok, sebenarnya yang ni lebih wangi dan SA tu cakap sebab bunga-bunga ni dikutip dari tempat tertentu dan agak limited katanya.

Paling suka bau Amazonian Wild Lily, bau yang manis2 dan tak peningkan kepala.Try mix Amazonian Wild Lily + Atlas Mountain Rose, memang best.Tapi takkan nak beli rose lagi. Bila en Husband senyum, kiranya setuju le terus je bayar + guna voucher dapatlah diskaun sikit.Balik je rumah pakai Amazonian Wild Lily + Moroccan Rose = sedap gak bau dia.Tak reti nak explain so kena cuba sendiri kat TBS okey.



 Amazonian Wild Lily Perfume Oil, tahan lama bau dia


Atlas Mountain Rose,Indian Night Jasmin,Japanese Cherry Blossom,Madagascan Vanilla Flower dan Amazonian Wild Lily


Terdapat gak dalam bentuk.. 
1.Body Lotion  (RM 55.00)
2.Eau De Toilette (RM 83.00)
3.Fragrance Mist (RM 48.00)
4.Perfume Oil (RM 55.00)
5.Shower Gel  (RM 45.00)

7 Oct 2012

October Giveaway - Majalah Marie Claire

Hadiah untuk bulan october, just sms sahaja dan boleh menang hadiah ni..

Marie Claire 
1. Guerlain La Petite Robe Noire EDT 50ml ( RM 248 ).
Dr Sebagh Natural Replenishing Cream 15ml ( RM 159 )
3.Pureology Versatile Caring Oil ( RM 120 )




6 Oct 2012

Dapat Hadiah - Cres Wellness

Sempena ulang tahun ke 9, Cres Wellness ada buat contest.Alhamdulillah menang exclusive prize.Ambil hadiah Cres Wellness,Taman Desa Tebrau JB ,bersebelahan Jusco Tebrau City.Dah cuba Cres Time-Release AquaCell Yoga Visage, memang puas hati dan terasa sangat relax dan tertidur sekejap,hehe. Bahu lengan pun kena massage gak.Kalau ada duit lebih tu boleh la amik pakej skali..dan ada trial untuk first customer gak.Nak tahu lebih,boleh tengok kat www.creswellness.com


Exclusive Prizes
- 1 session of Cres Time-Release AquaCell Yoga Visage (RM450)
- 1 piece of exclusive Cres towel
- 1 limited edition Cellnique White Jewelry Box
- 5 pieces of Cellnique travel size products
- 1 limited Cress pouch
- 1 piece RM100 package discount voucher







October Giveaway - The Malaysian Women Weekly

Sempena bulan oktober ni, kat mana-mana je ada kempen bebas breast cancer.Tak kecuali majalah ni.Pengalaman dan semangat cancer survivor ni menjadi sumber kekuatan kepada pesakit lain.Pemeriksaan awal juga adalah sangat penting dan boleh menyelamatkan nyawa.Tip nak boost kekuatan memori anak, tips hubungan, mekap dan banyak lagi.Ok,jom terjah hadiah untuk bulan ni







October Giveaway - Majalah Cosmopolitan

Cover majalah Cosmopolitan bulan ni, Izara Aishah.Pelakon yang semakin hari semakin dikenali ramai.Walaupun baru-baru ni ada kontrovesi, tapi dia still mengaku kesalahan dia dan minta maaf. Tips tampil yakin, pelaburan yang bijak, tip penjagaan breast sempena kempen bebas breast cancer dan banyak lagi.Hadiah Cosmpolitan yang menarik bulan ni..










1.